![]() |
| Ehsan Pakcik Google:) |
Pengembara..
Hidup ini sinonim dengan gelaran Pengembara..kenapa?Kerana
tempoh kehidupan sesuatu makhluk yang bergelar Manusia itu adalah merupakan
perjalananya dari suatu Alam ke Alam yang lain..
Musafir..
Istilah ini digunakan,kerana perjalanan Si Pengembara itu
tiada henti..dari destinasi ke destinasi..yakni sampainya di penghujung
langkah,akan bermulanya permulaan langkah yang baru..
Seringkali kita lupa..apakah kita sudah bersedia? Menghadapi
pelbagai kemungkinan,atau norma-norma kehidupan yang kita fikirkan sebagai
perkara lumrah,kelak berlaku didalam semua kehidupan manusia..
An-Nasr(Manusia)..yang bermaksud juga Lupa..walau
dikurniakan akal,manusia tetap benak,andai akal yang dikurniakan tersimpang
bersawang di kepala..
“Melayu mudah lupa..”-Tun
Dr.Mahathir Mohamad
Lupakah kita akan kegemilangan dahulu kala?
Tatkala Raja Fateh menawan Contanstinople..Tatkala Tok
Janggut mengalahkan Si British hanya dengan tulang empat kerat..Tatkala BN
menang PRU dengan “blackout”..hehe
Kita pernah
gemilang..kita pernah terbilang..kita pernah berada dipuncak..
Mustahilkah untuk kita ulanginya lagi??
Tanpa putus asa,usaha berkekalan,doa berpanjangan,keutuhan
kerjasama..InshaALLAH..
Jangan kita lupa..
Jangan kita lalai..
Perjalanan masih jauh..
Bintang dilangit belum kita gapai..:)

No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.